BLOG JUNAI

8/20/10

Benarkah Orang Kerinchi Jadi Harimau Jadian ?

Benarkah Orang Kerinchi Jadi Harimau Jadian ? Persoalan ini kerap kita dengar dari dahulu sampai sekarang. Soalan ini amat memalukan dan menyentuh hati dan perasaan Orang Kerinchi kerana ia amat memalukan dan menghinakan. Pada satu ketika dahulu ada Orang Kerinchi yang tidak mengaku mereka keturunan Kerinchi terutama sekiranya mereka hendak berkahwin, memasuki kampong halaman orang, menghadiri majlis atau sebagainya. Jelasnya fitnah ini benar-benar menggugat Orang Kerinchi.

Namun pada hari ini keadaan ini sudah berubah jauh. Masyarakat Kerinchi telah boleh diterima rata-rata oleh semua keturunan Melayu di Malaysia. Orang Kerinchi telah maju jauh kehadapan sehingga ada diantaranya yang menjawat jawatan sehingga ke Peringkat Menteri Besar, Ketua Menteri, hatta menjadi Menteri Pusat dan Perdana Menteri. Apapun sedikit sebanyak kesannya masih terlekat disanukbari Orang Kerinchi.

Banyak kisah-kisah yang dikaitkan dengan Masyarakat Kerinchi menjadi Harimau Jadian ini. Apa yang pasti semua cerita itu direka oleh mereka-merka yang tidak bertanggung jawab dan cemburu pada Orang Kerinchi. Diantara faktor yang menyebabkan orang cemburu pada Orang Kerinchi adalah kerana kerajinan, kuat tenaga fizikal, kuat ugama, pandai pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Ramai Orang Kerinchi telah meneroka tanah di Kuala Lumpur hatta di seluruh Semenajnug Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.Ada juga Orang Kerinchi yang menjadi ketua pada satu-satu tempat dan menjadi ahli Ugama yang disegani.

Mari kita berkongsi cerita tentang Orang Kerinchi, supaya Genarasi akan datang dapat maklumat tentang Orang Kerinchi ini.

No comments:

Post a Comment