BLOG JUNAI

9/12/10

HISAP ROKOK TIDAK BAHAYAKAN KESIHATAN !!!

MENGHISAP ROKOK TIDAK MERBAHAYA !

Banyak orang khuatir bahaya rokok dan menakutinya, tapi setelah diselidiki oleh beberapa pakar dalam bidangnya ternyata rokok itu sama sekali tidak berbahaya. Kemudian para pakar sepakat untuk membuktikannya dengan
mengambil dari beberapa hikayat pada zaman dahulu kala di mana kala itu nenek moyang kitapun telah membuktikannya melalui beberapa percobaan. Buktinya seperti cerita di bawah ini, dia tetap sehat walafiat. Untuk lebih jelasnya dapat dibuktikan lewat penemuan oleh beberapa dari ahli di bawah ini:

Pada zaman dahulu kala, ada tiga orang dokter. Mereka selalu bersama kemana saja mereka pergi. Tapi ketiga-tiganya memiliki kegemaran berlainan.

A. dr Jon Sumawan (suka main perempuan)
B. dr Jon Walker (suka minum minuman keras)
C. dr Jon Kretek (suka segala jenis rokok) ..

Suatu hari ketiga sahabat ini berjalan jalan tanpa tujuan. Tiba-tiba ketiganya bertemu dengan sebuah ketel/kendi (seperti cerita Aladin). Lalu salah seorang mengambilnya lalu meng-gosok2kan ketel tersebut. Sejurus kemudian asap keluar dari corong ketel tersebut dan secara perlahan berganti menjadi satu makluk yang menyeramkan yakni sesosok jin yang ganas.Lalu jin tersebut tertawa: ‘Ha ha ha…’ dan berkata ‘Akulah Jin Ifrit! Karena kamu telah membebaskan aku dari ketel itu maka aku akan tunaikan apa saja permintaan kamu sekalian. Ketiga sahabat yang pada mulanya panik dan takut menjadi gembira lalu termenung dan berpikir tentang peluang dan kemauan masing-masing yang mungkin hanya sekali mereka jumpai dalam hidup mereka. Lalu mereka memilih kemauan mengikuti
kegemaran masing-masing.

Berkatalah si A,’Aku mau perempuan-perempuan muda dari berbagai bangsa di seluruh dunia dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun. Pufff ……..!! dengan sekejap mata jin enyempurnakan permintaan si A. Berkata si B, ‘Aku mau semua jenis arak dari seluruh dunia untuk bekal selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.’Pufff ………. !! dalam sekejap mata jin menyempurnakan permintaan si B. Berkata pula si C,’Aku mau semua jenis rokok dari seluruh dunia untuk bekal
selama sepuluh tahun dan letakkan dalam sebuah gua tertutup dan jangan ganggu aku selama 10 tahun.’ Pufff ……….. !! dengan sekejap mata jin itu menyempurnakan permintaan si C. Setelah genap 10 tahun, maka jin tersebut muncul kembali untuk membuka pintu gua masing-masing sebagaimana yang dijanjikan. Maka jin tersebut pergi membuka pintu gua si A, ketika dibuka maka keluarlah si A dengan keadaan kurus kering, berdiri pun tidak bisa karena tidak sanggup untuk menggerakkan lutut sebab hari-hari hanya memuaskan nafsu dengan perempuan.
Tiba-tiba si A pun jatuh ke tanah lalu mati!!

Setelah itu jin tersebut pergi ke gua si B, ketika pintu dibuka maka keluarlah si B dengan perut yang sangat buncit karena hari-hari mabuk-mabukan. Jalan pun terhuyung-huyung. Tiba-tiba si B pun jatuh ke tanah lalu mati !! Setelah itu jin pergi ke gua si C dan membuka pintu gua. Tiba2 si C keluar dalam keadaan sehat walafiat dan terus MENAMPAR si jin Sambil memaki si jin.

Dia berkata: CISS…!!! BODOH PUNYA JIN …!!!! BAGI ROKOK TAPI TAK BAGI MANCIS …???!!!

Dipetik dari BLOG HBO.

Ainuddin Blogspot

Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

8/20/10

Benarkah Orang Kerinchi Jadi Harimau Jadian ?

Benarkah Orang Kerinchi Jadi Harimau Jadian ? Persoalan ini kerap kita dengar dari dahulu sampai sekarang. Soalan ini amat memalukan dan menyentuh hati dan perasaan Orang Kerinchi kerana ia amat memalukan dan menghinakan. Pada satu ketika dahulu ada Orang Kerinchi yang tidak mengaku mereka keturunan Kerinchi terutama sekiranya mereka hendak berkahwin, memasuki kampong halaman orang, menghadiri majlis atau sebagainya. Jelasnya fitnah ini benar-benar menggugat Orang Kerinchi.

Namun pada hari ini keadaan ini sudah berubah jauh. Masyarakat Kerinchi telah boleh diterima rata-rata oleh semua keturunan Melayu di Malaysia. Orang Kerinchi telah maju jauh kehadapan sehingga ada diantaranya yang menjawat jawatan sehingga ke Peringkat Menteri Besar, Ketua Menteri, hatta menjadi Menteri Pusat dan Perdana Menteri. Apapun sedikit sebanyak kesannya masih terlekat disanukbari Orang Kerinchi.

Banyak kisah-kisah yang dikaitkan dengan Masyarakat Kerinchi menjadi Harimau Jadian ini. Apa yang pasti semua cerita itu direka oleh mereka-merka yang tidak bertanggung jawab dan cemburu pada Orang Kerinchi. Diantara faktor yang menyebabkan orang cemburu pada Orang Kerinchi adalah kerana kerajinan, kuat tenaga fizikal, kuat ugama, pandai pelbagai ilmu dunia dan akhirat. Ramai Orang Kerinchi telah meneroka tanah di Kuala Lumpur hatta di seluruh Semenajnug Tanah Melayu pada satu ketika dahulu.Ada juga Orang Kerinchi yang menjadi ketua pada satu-satu tempat dan menjadi ahli Ugama yang disegani.

Mari kita berkongsi cerita tentang Orang Kerinchi, supaya Genarasi akan datang dapat maklumat tentang Orang Kerinchi ini.